Tuesday, April 24, 2012

Second Day Of Camporee

Bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , pakai baju lalala~ Tepat pada pukul 4:30am someone telah membangunkan kitorang . Tak ingat sapa orangnya . Kitorang pun cepat-cepat amek baju , tuala & barang mandi terus pegi ke bilik mandi perempuan . Dah taubat tak guna bilik air perempuan lagi #kena marah L PERRRHHHHHHHHHHHH tak ramai pulak kan ? even pukul 4:30am still ada yang beratur panjang nak mandi . Aku pun malas nak tunggu berjam-jam , aku terus mandi kat bilik air sebab kat bilik air tak ramai orang . WALAWEEEHHHH satu nikmat yang begitu menyengat bulu-bulu roma badan apabila aku mencurahkan air kat badan aku . tak boleh sejuk lagi ke ? >.< Lepas je mandi , aku bergegas ke khemah untuk melengkapkan uniform aku . Then , aku solat Subuh kat surau yang berdekatan dengan tandas pemimpin wanita .


Kitorang pergi ke campsite lelaki . Kitorang berkumpul dulu untuk pemilihan sebelum buat istiadat pengakap nanti *dipilih oleh kak Balqis . Sarapan dah siap . Kami semua makan makanan tu sekenyang-kenyangnya *aku lupa menu hari ni=D Lepas makan, kitorang beratur and pergi kat dewan pengakap . Kat sana kitorang ada pengumuman sikit dengan rehearsal sebelum ketibaan Dato’ #orang paling berjawatan tinggi pengakap . Ketibaan Dato’ kami dan pengakap yang lain menyambutnya dengan penuh hormat dan meriah yang diiringi lagu Negaraku , lagu Negeri Selangor dan lagu Pengakap . Habis je istiadat tadi , kitorang berkumpul kat campsite lelaki . Apa yang kitorang buat pun tak tau lah . Yang aku tau dapat skaf merah dengan kad kempori J


Pukul 2pm , kitorang ada aktiviti pengakap . Hehhe ni yang best ni :D Haih orang lain dah pergi berkumpul kat dewan , kitorang boleh pulak melepak kat campsite laki . So kitorang pun lambat la pegi dewan .Sampai je kat dewan , satu hapak pun kitorang tak tau apa benda yang kena buat . tetiba pulak budak-budak pengakap yang lain dah lari tengok peta . Aku , Amirah , Fahira , Irdina , Alin , Effa , Daniel dengan Akmal satu group .Kitorang masing-masing tertanya sesama sendiri . Pastu kitorang dapat tau jugak apa benda yang kena buat . Kitorang kena buat aktiviti macam explorace . ok la tu . First , kitorang nak buat tali dulu . Lepas je perah otak buat tali , akhirnya selesai jugak *nasib baik ada Danny J Kitorang tunjuk hasil ‘pertalian’ kami but muncul pulak satu benda yang tak diundang yang tulis ‘tutup 20 minit’ di atas meja . What the hell you accidentally take the advance to take a rest while you work ??? Kitorang apa lagi , ugut bermati-matian la abang kelana tu . Last-last dia bagi jugak . Nasib baik dia terima ikatan tali kitorang . Kalau tak , mau aku tarik rambut mamat ni kang . HAHA ! Then , kitorang buat komunikasi radio amatur . Kali ini pun kena buli jugak ! Turn aku , abang kelana tu just tanya nama aku dalam bahasa pengakap . Sampai je turn kedua iaitu Fahira , abang tu tetiba ubah fikiran dengan guna bahasa pengakap dalam radio . Bapak ah! Setengah jam kitorang kat situ je . Ni semua abang tu punya pasal -.-‘ tak habis-habis bersembang.  Ya Allah , kenapalah group aku selalu dapat bala ? Ok tutup citer tadi tapi kali ni pun kena buli jugak .   This time kitorang kena buat ikhtiar hidup : bakar sampah . Abang tu cakap kalau nak bakar sampah tak boleh guna plastic dan botol . So kitorang buat dua bakar sampah .Dua-dua hidup apinya tak sampai 5 minit . Pastu ada pulak sekolah yang @#$#% sangat pegi bagitau kat abang lagi satu yang kitorang gunakan kertas . Kitorang pun tercengang lah sebab abang tadi tak cakap tak boleh guna kertas. Sumpah bengang gila! So kitorang terpaksalah buat lagi sekali. Adoyyy membazir masa je =.=’ . Pastu boleh pulak abang tu cakap kitorang buat macam api halau nyamuk . Aku ingat lagi perbualan abang kelana tu dengan Akmal . Perbualan diorang :
Akmal : Abang abang
Abang Kelana : ye?!
Akmal : Kitorang punya api dah  menyala
Abang Kelana : Eh.. ni macam nak halau nyamuk je
Akmal : Habis tu ? Nak buat macam mana ? Abang nak kitorang halau abang pulak ke ?

 Hahahah Sumpah kelakar doe . Terbahak-bahak kitorang gelak .Kalau korang rasa macam tak kelakar , tak pe , hanya kitorang je yang tau betapa kelakarnya time tu .Haaaa start dari sini kitorang dah tak kena buli lagi J Kitorang pergi permainan rakyat:batu seremban .  Aku ingatkan laki group kitorang tak reti main . Rupa-rupanya terer dari kitorang . Wah Hebat J After that, kitorang pergi kat pertolongan cemas : buat anduh kaki , tangan dan kepala menggunakan skaf .
Aku & Effa – anduh tangan / model – Effa
Akmal & Daniel – anduh tangan / model – Daniel
Alin & Irdina – anduh kepala / model - Alin
Amirah & Fahira – anduh lutut / model – Fahira

Tetiba pulak terbuka hati nak pergi pameran . Bila dah hafal semua maklumat kat situ tetiba pulak pengakap kelana start naik tanduk kata ‘TUTUP’ . Tak bengang pulak kan ? Sabar je la . Selepas itu , kitorang pergi kat dewan . Kitorang rehat kejap . Tetiba pulak  hujan . Kitorang lari terus ke campsite lelaki . Kat situ semua orang duduk bawah khemah dapur , makan . Dari sini la aku dapat tahu macam mana susahnya orang camping dalam hutan .Khemah bocor tu biasalah , yang paling parahnya sempit ! Sumpah sempit siot ! Kitorang terpaksa  campur lelaki perempuan satu khemah sebab time tu hujan sangat lebat menyimbah air ke atas tanah . Kesian kat Fatin Hamimi , Humairah , Hazwani sebab diorang terpaksa meredah hujan  amek air kat tempat surau perempuan . Lepas hujan reda , kitorang terus mandi cuz time tu badan busuk sangat.


Time makan malam , macam biasa kitorang berkumpul kat campsite laki . Berita yang menyedihkan apabila Night Walk dibatalkan . Uwarrrrggghhh rasa macam nak nangis je . Tak pe la , maybe Allah nak lindungi aku dari benda bahaya kot . hmmm . Lepas habis makan , Fareez bagitau yang esok malam ada malam kebudayaan . Kitorang kena rancang persembahan apa yang nak dibuat . Tuan ‘Aini kata buat persembahan lagu .... #aku tak tau apa tajuk lagu tu tapi lagunya macam ni
Ketupat oh Ketupat
Kuah Kacang Ketupat
Ketupat Oh Ketupat
Kuah Kacang Ketupat
Kuih Dodol Kuih Dodol
Kuah Kacang Ketupat

Char Kuey Teow oh Char Kuey Teow
Roti Canai Char Kuey Teow
Teh Tarik Teh Tarik
Roti Canai Char Kuey Teow

Pizza Hut Oh Pizza Hut
Kentucky Fried Chicken Pizza Hut
McDonald McDonald
Kentucky Fried Chicken Pizza Hut

Naruto Oh Doraemon
Ultraman Ultraman
Naruto Oh Doraemon

 Ok kitorang pun setuju . Time tu jugak Adham dok kacau Fahira *Firdaus pun subahat jugak -.-‘ Suluh mata Fahira la , curi pencilbox Fahira la & macam-macam lagi . Kesian Fahira kena kacau . Tak apa Fahira , kau ada peminat J . Time tu jugak lah aku start sakit @#^$% #secret *bukan demam . Serius sakit ! :’[ Dah dua minggu tak sakit , time kempori ni jugak lah dia nak sakit . Kenapaaaaaa ??????????? . Dah Habis Tidur ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Lapar