Friday, March 15, 2013

After exam..

Harini aku nak citer pasal 15/3/2013 which is hari terakhir aku exam bulan Mac.

ini aku nak citer dari awal sampai akhir. tadi exam Sejarah, Biology and Additional Mathematics. Masa exam Sejarah, banyak soalan aku hentam. Dah lah hentam, lepastu tidur pulak tu. Bukannya nak check ke apa ke. Haihh Fatin Fatin.. Actually malam before exam memang aku tak baca Sejarah pun. Aku baca Addmath ngan Biology je. itu pun aku baca sambil whatsapp dengan orang yang tidak dikenali and sambil shopping. Ya Allah, apa kau nak jadi ni Fatin?! Banyak hiburan daripada belajar. astaghfirullahal'azim.

Lepas exam Sejarah, exam Biology pulak. Yang ni aku menyesal kot. Serius menyesal sangat. Aku tak hafal STRUCTURES OF ORGANELLE!!! Sumpah rasa cam nak hentak kepala je tadi. Kalau nak ikutkan sebenarnya soalan tu senang je. cuma aku tak hafal structure and function je. Sengal kan? Kalau tak, aku dah dapat A+ tau (ok aku memang berangan)

After recess, exam Addmath pulak.AddMath. aku tak tau lah kenapa aku nak sebut subjek ini. aku tau sebahagian daripada korang mesti seram bila dengar perkataan 'ADDMATH'. am i right? :D actually ada cerita disebalik aku cerita pasal ni. bukan saja saja. tadi aku masuk kelas, baru aku ingat pendrive aku. aku kena bagi pinjam pendrive aku kat Adib. syukur nasib baiklah aku ingat. Lepas bagi pendrive, aku masuk kelas balik then nak baca buku revision AddMath. bila aku buku muka surat pertama, 'ok, simpan buku.' !#$%^**())#*^ AKU BARU JE NAK BACA! aku tak sangka pulak dah pukul 11.30pagi! nasib baik lah malam tadi aku baca. Kalau tak, memang '0%' terpampang kat kertas aku. Bila cikgu dah bagi kertas soalan, aku check semuanya aku dah baca. cuma tak ingat macam nak buat jalan kerja je. hehe ini ada lagi satu nak habag kat korang. adat aku time exam ialah BERANGAN. subjek apa-apa pun, aku tetap berangan. aku berangan bukannya apa. untuk aku release tension sekejap then aku continue jawab balik. bagi aku berangan aku ialah untuk aku relaks sekejap. Then aku jawab soalan ok je cuma ada tiga soalan yang aku tak tau nak jawab. yang tu memang aku dah bertekad untuk tinggalkan soalan tu. Lepas beberapa soalan yang aku dah jawab, aku berangan kejap. Then aku sambung balik jawab. Pastu aku berangan lagi. Berangan yang kali ni lah memang buat aku GAGAL ADDMATH. Baru je separuh jalan aku berangan, 'ok pelajar,letak pensil kamu'. UWAAARRRGHHH aku tak sangka dah habis masa. itu lah akibatnya daripada merosakkan jam. habis aku tak boleh tengok masa. banyak lagi kot soalan yang aku belum buat! ya Allah, kali ini aku tak tau nak target camne. aku rasa result aku ni mesti lebih kurang macam Physics aku. adoyyhh baru first exam, aku dah buat hal. nak buat macam mana kan? berserah kepada Allah je lah.

Lepas balik, Nasyirah cakap ustazah mintak aku untuk train Puteri Islam berkawad kat foyer bookshop because nanti diorang akan bertanding di peringkat daerah tak lama lagi. aku ok je sebab dah abes exam. so boleh buat apa saja yang aku suka. hehe. tapikan.. best jugak train budak ni. serius hilang tension aku bila train diorang. walaupun aku ni Pengakap, tapi train sapa-sapa pun tetap best. hehe jangan ingat aku ni pilih kasih pulak. aku ok je dengan Pengakap and Puteri Islam. senang citer, semua unit beruniform aku okay je. so jangan salah faham tau. and jangan ingat aku gila kuasa pulak. serius aku tak berniat macam tu. aku just nak tolong ustazah je. Lepas train PPIM, ustazah cakap ngan aku sesuatu. badan aku dah bergetar dah time tu, tetiba je ustazah panggil aku. mungkin aku tersalah ajar ke salah bagi koman ke apa ke. rupa-rupanya dia cakap dia nak suruh aku jadi KOMANDER aka KETUA PELATUN. OMG rupanya ustazah tak tau yang aku ni Pengakap. Then aku cakaplah yang aku ni Pengakap. muka ustazah dah berkerut. Aku dah cuak dah. Then ustazah suruh aku jadi tenaga pengajar kawad Puteri Islam TETAP! abeslah aku takut Chief 'Aini marah doe. camne ni? nanti aku jadi 'umang-umang'. aduihh harap Chief 'Aini tak marah sebab aku jadi tenaga pengajar je. bukannya terus masuk PPIM. hopefully dia tak marah. lagipun aku memang ikhlas nak ajar diorang kawad. harap Allah permudahkan urusan aku ni. Aminn.. Then ustazah offer aku sijil sebagai pengajar kawad PPIM. ermm kalau bab tu, aku ok je. Dan lagi satu yang buat aku malu sangat apabila ustazah menghulurkan RM2 kat Nasyirah untuk diberikan kepada aku. Aduhh aku tak suka lah bab-bab upah ni. Aku buat secara sukarela. Tapi aku tak boleh nak buat apa-apa, aku terima je lah sebab Nasyirah tak nak aku kecewakan ustazah. ok fine.

Lepas train PPIM, aku terus naik ke Pusat Sumber. kat PS, aku main congkak dengan junior bertugas. sambil-sambil tu aku buat kerja dajal which is mengacau Husna main congkak. serius syok kacau dia. Lepas main congkak, aku bersembang dengan junior tadi. haha syok kot sembang ngan diorang. aku ingatkan diorang ni jenis tak layan senior, rupanya diorang pun macam aku jugak. HAHA

"PS DITUTUP" aku, Husna, Nazihah tak keluar pun. kitorang melepak kat dalam tu. hahahah lepas beberapa minit/jam, my princessas has coming. Oh my Dina and Amaal, syukur kamu berada di sini. barulah syok kalau lepak ramai-ramai. haha time ni syok. kitorang sesi meluahkan perasaaan. tapi... NASIB BAIK AKU TAK KENA! yeay! lepastu kitorang balik rumah.

                                                                       THE END

#So the moral of the story is JANGAN BERANGAN TIME ADDMATH!

Tuesday, April 24, 2012

Second Day Of Camporee

Bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , pakai baju lalala~ Tepat pada pukul 4:30am someone telah membangunkan kitorang . Tak ingat sapa orangnya . Kitorang pun cepat-cepat amek baju , tuala & barang mandi terus pegi ke bilik mandi perempuan . Dah taubat tak guna bilik air perempuan lagi #kena marah L PERRRHHHHHHHHHHHH tak ramai pulak kan ? even pukul 4:30am still ada yang beratur panjang nak mandi . Aku pun malas nak tunggu berjam-jam , aku terus mandi kat bilik air sebab kat bilik air tak ramai orang . WALAWEEEHHHH satu nikmat yang begitu menyengat bulu-bulu roma badan apabila aku mencurahkan air kat badan aku . tak boleh sejuk lagi ke ? >.< Lepas je mandi , aku bergegas ke khemah untuk melengkapkan uniform aku . Then , aku solat Subuh kat surau yang berdekatan dengan tandas pemimpin wanita .


Kitorang pergi ke campsite lelaki . Kitorang berkumpul dulu untuk pemilihan sebelum buat istiadat pengakap nanti *dipilih oleh kak Balqis . Sarapan dah siap . Kami semua makan makanan tu sekenyang-kenyangnya *aku lupa menu hari ni=D Lepas makan, kitorang beratur and pergi kat dewan pengakap . Kat sana kitorang ada pengumuman sikit dengan rehearsal sebelum ketibaan Dato’ #orang paling berjawatan tinggi pengakap . Ketibaan Dato’ kami dan pengakap yang lain menyambutnya dengan penuh hormat dan meriah yang diiringi lagu Negaraku , lagu Negeri Selangor dan lagu Pengakap . Habis je istiadat tadi , kitorang berkumpul kat campsite lelaki . Apa yang kitorang buat pun tak tau lah . Yang aku tau dapat skaf merah dengan kad kempori J


Pukul 2pm , kitorang ada aktiviti pengakap . Hehhe ni yang best ni :D Haih orang lain dah pergi berkumpul kat dewan , kitorang boleh pulak melepak kat campsite laki . So kitorang pun lambat la pegi dewan .Sampai je kat dewan , satu hapak pun kitorang tak tau apa benda yang kena buat . tetiba pulak budak-budak pengakap yang lain dah lari tengok peta . Aku , Amirah , Fahira , Irdina , Alin , Effa , Daniel dengan Akmal satu group .Kitorang masing-masing tertanya sesama sendiri . Pastu kitorang dapat tau jugak apa benda yang kena buat . Kitorang kena buat aktiviti macam explorace . ok la tu . First , kitorang nak buat tali dulu . Lepas je perah otak buat tali , akhirnya selesai jugak *nasib baik ada Danny J Kitorang tunjuk hasil ‘pertalian’ kami but muncul pulak satu benda yang tak diundang yang tulis ‘tutup 20 minit’ di atas meja . What the hell you accidentally take the advance to take a rest while you work ??? Kitorang apa lagi , ugut bermati-matian la abang kelana tu . Last-last dia bagi jugak . Nasib baik dia terima ikatan tali kitorang . Kalau tak , mau aku tarik rambut mamat ni kang . HAHA ! Then , kitorang buat komunikasi radio amatur . Kali ini pun kena buli jugak ! Turn aku , abang kelana tu just tanya nama aku dalam bahasa pengakap . Sampai je turn kedua iaitu Fahira , abang tu tetiba ubah fikiran dengan guna bahasa pengakap dalam radio . Bapak ah! Setengah jam kitorang kat situ je . Ni semua abang tu punya pasal -.-‘ tak habis-habis bersembang.  Ya Allah , kenapalah group aku selalu dapat bala ? Ok tutup citer tadi tapi kali ni pun kena buli jugak .   This time kitorang kena buat ikhtiar hidup : bakar sampah . Abang tu cakap kalau nak bakar sampah tak boleh guna plastic dan botol . So kitorang buat dua bakar sampah .Dua-dua hidup apinya tak sampai 5 minit . Pastu ada pulak sekolah yang @#$#% sangat pegi bagitau kat abang lagi satu yang kitorang gunakan kertas . Kitorang pun tercengang lah sebab abang tadi tak cakap tak boleh guna kertas. Sumpah bengang gila! So kitorang terpaksalah buat lagi sekali. Adoyyy membazir masa je =.=’ . Pastu boleh pulak abang tu cakap kitorang buat macam api halau nyamuk . Aku ingat lagi perbualan abang kelana tu dengan Akmal . Perbualan diorang :
Akmal : Abang abang
Abang Kelana : ye?!
Akmal : Kitorang punya api dah  menyala
Abang Kelana : Eh.. ni macam nak halau nyamuk je
Akmal : Habis tu ? Nak buat macam mana ? Abang nak kitorang halau abang pulak ke ?

 Hahahah Sumpah kelakar doe . Terbahak-bahak kitorang gelak .Kalau korang rasa macam tak kelakar , tak pe , hanya kitorang je yang tau betapa kelakarnya time tu .Haaaa start dari sini kitorang dah tak kena buli lagi J Kitorang pergi permainan rakyat:batu seremban .  Aku ingatkan laki group kitorang tak reti main . Rupa-rupanya terer dari kitorang . Wah Hebat J After that, kitorang pergi kat pertolongan cemas : buat anduh kaki , tangan dan kepala menggunakan skaf .
Aku & Effa – anduh tangan / model – Effa
Akmal & Daniel – anduh tangan / model – Daniel
Alin & Irdina – anduh kepala / model - Alin
Amirah & Fahira – anduh lutut / model – Fahira

Tetiba pulak terbuka hati nak pergi pameran . Bila dah hafal semua maklumat kat situ tetiba pulak pengakap kelana start naik tanduk kata ‘TUTUP’ . Tak bengang pulak kan ? Sabar je la . Selepas itu , kitorang pergi kat dewan . Kitorang rehat kejap . Tetiba pulak  hujan . Kitorang lari terus ke campsite lelaki . Kat situ semua orang duduk bawah khemah dapur , makan . Dari sini la aku dapat tahu macam mana susahnya orang camping dalam hutan .Khemah bocor tu biasalah , yang paling parahnya sempit ! Sumpah sempit siot ! Kitorang terpaksa  campur lelaki perempuan satu khemah sebab time tu hujan sangat lebat menyimbah air ke atas tanah . Kesian kat Fatin Hamimi , Humairah , Hazwani sebab diorang terpaksa meredah hujan  amek air kat tempat surau perempuan . Lepas hujan reda , kitorang terus mandi cuz time tu badan busuk sangat.


Time makan malam , macam biasa kitorang berkumpul kat campsite laki . Berita yang menyedihkan apabila Night Walk dibatalkan . Uwarrrrggghhh rasa macam nak nangis je . Tak pe la , maybe Allah nak lindungi aku dari benda bahaya kot . hmmm . Lepas habis makan , Fareez bagitau yang esok malam ada malam kebudayaan . Kitorang kena rancang persembahan apa yang nak dibuat . Tuan ‘Aini kata buat persembahan lagu .... #aku tak tau apa tajuk lagu tu tapi lagunya macam ni
Ketupat oh Ketupat
Kuah Kacang Ketupat
Ketupat Oh Ketupat
Kuah Kacang Ketupat
Kuih Dodol Kuih Dodol
Kuah Kacang Ketupat

Char Kuey Teow oh Char Kuey Teow
Roti Canai Char Kuey Teow
Teh Tarik Teh Tarik
Roti Canai Char Kuey Teow

Pizza Hut Oh Pizza Hut
Kentucky Fried Chicken Pizza Hut
McDonald McDonald
Kentucky Fried Chicken Pizza Hut

Naruto Oh Doraemon
Ultraman Ultraman
Naruto Oh Doraemon

 Ok kitorang pun setuju . Time tu jugak Adham dok kacau Fahira *Firdaus pun subahat jugak -.-‘ Suluh mata Fahira la , curi pencilbox Fahira la & macam-macam lagi . Kesian Fahira kena kacau . Tak apa Fahira , kau ada peminat J . Time tu jugak lah aku start sakit @#^$% #secret *bukan demam . Serius sakit ! :’[ Dah dua minggu tak sakit , time kempori ni jugak lah dia nak sakit . Kenapaaaaaa ??????????? . Dah Habis Tidur ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, April 13, 2012

First Day Of Camporee

Haaaa….. Assalmualaikum my blog and all my friends ! Dah lama aku tak update post kat sini . Sian blog aku ni , dah berhabuk . Sawang pun dah banyak . ok ok aku malas nak membebel pasal tu , hari ni aku nak cerita pasal the best experience in my life is Scout Camporee at Templer Park .

Firstly , aku dah lama siapkan barang barang nak pergi camping . tak silap aku seminggu sebelum camping aku dah siapkan barang . (semangat betul aku ni XD ) . Lepas je laki solat jumaat , aku terus keluar rumah pegi sekolah . bawak 3 beg = 1 beg galas (baju) 1 beg domo (barang peribadi) 1 beg plastic besar (kasut&khemah) . Masa nak pegi sekolah tu , ramai orang pandang-pandang aku . maybe sebab aku bawak beg banyak sangat kot . eeeeiiii actually aku memang tak suka orang pandang-pandang ni aku ni -.-‘   rasa macam nak bagi tapak kaki masuk dalam mulut orang tu . haihhh sabar je lah . pastu aku bertembung dengan Hasmah . kitorang borak kejap je . then , terus pegi bustop sekolah menengah . Time tu aku sorang je yang sampai dulu *perrhhhh…semangat punya pasal aku dah sampai dulu . Orang ke2 yang sampai ialah kak Balqis dengan Syahirah . Phewww nasib baik ada kawan J


Semua orang dah berkumpul kat bustop . Aku pun dah tukar baju dari T-shirt pengakap ke uniform pengakap (ni semua Anis punya pasal -.-) . Bas pun dah sampai , kitorang dah masukkan beg dalam bonet bas . aku cop tempat duduk tepi tingkap (boleh usha orang) Belakang aku Fatin dengan couple dia , Alif , sebelah aku Amirah dengan Fahira . Aku mula-mula duduk sebelah Izzati tapi aku tukar tempat (duduk depan je) . Bila bas dah nak gerak , orang paling excited gila ialah Izzati . Hahha kelakar betul dia ni . Bas baru gerak sikit dah gelabah gila babeng ! hahahhh


It’s time for isi minyak (kat Shell Rawang) yipppppieeeeee *eiii pakcik ni , ingatkan dah isi minyak , rupa-rupanya belum -.-‘ . Mula-mula budak lain keluar pegi tapau makanan kat Select then aku dengan Amirah , Izzati n Fahira keluar jugak tapaw makanan .Lepas beli , kitorang cepat-cepat naik bas sebab bas dah nak gerak . Kat dalam bas aku bagi keropok kat kawan-kawan aku , belum sempat aku nak bagi kat Fahira ada pulak mamat ni yang bernama Adham suruh aku bagi kat Fahira . aiiihhh sabar lah , aku nak bagi la ni >.< Dari situlah aku syak yang Adham macam dah start suka Fahira . woooo kantoiiiii <3

Yeay bas dah sampai di destinasi yang kami tunggu-tunggukan . oh my Templer Park , finally i sampai jugak <3 *excited . wahhh tak sangka banyak sekolah yang datang . Maybe dalam 1057/1075 orang yang datang . bapak arh ! tak boleh ramai lagi ke ? (Adoyy macam mana nak mandi nanti.mesti kena beratur) :[  ok tanpa melengah-lengahkan masa , kitorang terus bawak barang ke campsite . Campsite budak perempuan jauh gilaaaaaaaaaaaaaa . Kitorang kena cari cikgu Habshah dulu sebab campsite kitorang kat tempat cikgu Habshah . Finally, jumpa jugak cikgu . Kitorang punya tempat tepi curam *woooo bahaya . Setelah beberapa minit , khemah aku dengan Fahira telah selamat didirikan dengan amannya (ayat tak boleh gramatis lagi ke? XD) Kitorang cadang 1khemah 2orang tapi macam tak best la pulak . Then kitorang ubah fikiran 1khemah tidur 1lagi khemah untuk simpan barang J


Now time to take bathe , woooow ramai gila orang beratur kat bilik mandi . Aku pun malas nak beratur terus bantai mandi kat bilik air pemimpin perempuan . Lantak ar . Asalkan boleh mandi n sempat solat Asar . time ni  aku , Amirah dengan Anis buat bising dalam tandas . Sumpah bising ! Sian budak lain nak solat . Kitorang main ejek-ejek nama boyfie masing-masing ! *jahatkan kitorang ? J Amirah kitorang ejek dia k****** ngan Whiskey Alfa November . Anis pulak kitorang ejek dia c**** aka ***** . aku pulak ? errrr tak de kot . almaklum lah aku mana ada boyfie XD ! Lepas solat Asar , kitorang kena pergi khemah cikgu Habshah sebab kat khemah cikgu ada makanan . Makanannya ialah ayam apa benda entah dengan sayur . simple je .Wahh !! ada surprise lah . Sumpah kreatif gila budak laki buat dapur masak dan gadget tempat letak kasut , tempat letak pisau , pintu gerbang masuk and macam-macam lagi hanya menggunakan buluh SAHAJA . hebat kan ? J


At night , kitorang dapat lencana bulat colour purple . Kitorang kena jahit kat campsite laki . Tuan Aini bagi tugas budak laki buat gadget , budak perempuan jahitkan lencana kat baju laki . Nasib geng aku tak kena tapi finally aku kena jugak . Aku dengan Fahira kena jahit baju Tuan Aini . adoyyy -.- tak pe la , yang penting buat dengan ikhlas J Pastu , Fahira kena kacau dengan Adham . Sumpah kesian . Adham panggil Fahira ‘KAKAK’ , Fahira pulak panggil Adham ‘ADIK’. Sumpah kelakar tengok diorang ni XD . Then , kami semua balik ke khemah masing-masing *tidur awal J

Tuesday, November 29, 2011

2KAA1

Lookin' forward from low class , to high class, time to get the holiday started


What we leave what we take with us, no matter what, it's something we're part of

We learned to fly, together side by side


I just hope the rest of my life, will feel as good as my

2KAA1 who says we have to let it go 



It's the best part we've ever known step in to the future but hold on to


2KAA1 , let's celebrate where we come from


the friends who've been there all along

Improvisation without a script, no one's written it, 


and now we have the chance to

Someday we'll be lookin' back, memories we've had, 


all the chapter that we've lived through

The best of times, so why leave them behind, 


why can't the rest of our life be like our school

Now we've finally realized, who we are it just took some time


We had to live and to learn to see the truth!

Nothing's ever impossible, into the future we all free fall

but forever we'll always have a school

Time to happy , now celebrate

Cause the world's one big stage

But any part we want, can be ours !

And this show is never gonna close

It's what got us here we know

2KAA1 lives on forever more!


All together, makes it better

Memories that last forever

I want the rest of my life 

to feel just like 2KAA1 <3

Wednesday, August 10, 2011

Dream

I was a little girl
Alone in my little world
Who dreamed of a little home for me
I played pretend between the trees
And fed my houseguests bark and leaves
And laughed in my pretty bed of green

I had a dream
That I could fly
From the highest swing
I had a dream

Long walks in the dark
Through woods grown behind the park
I asked God who I'm supposed to be
The stars smiled down at me
God answered in silent reverie
I said a prayer and fell asleep

I had a dream
That I could fly
From the highest tree
I had a dream

Now I'm old and feeling gray
I don't know what's left to say
About this life I'm willing to leave
I lived it full, I lived it well
As many tales I live to tell
I'm ready now, I'm ready now
I'm ready now
To fly from the highest wing
I had a dream

Lapar