Friday, April 13, 2012

First Day Of Camporee

Haaaa….. Assalmualaikum my blog and all my friends ! Dah lama aku tak update post kat sini . Sian blog aku ni , dah berhabuk . Sawang pun dah banyak . ok ok aku malas nak membebel pasal tu , hari ni aku nak cerita pasal the best experience in my life is Scout Camporee at Templer Park .

Firstly , aku dah lama siapkan barang barang nak pergi camping . tak silap aku seminggu sebelum camping aku dah siapkan barang . (semangat betul aku ni XD ) . Lepas je laki solat jumaat , aku terus keluar rumah pegi sekolah . bawak 3 beg = 1 beg galas (baju) 1 beg domo (barang peribadi) 1 beg plastic besar (kasut&khemah) . Masa nak pegi sekolah tu , ramai orang pandang-pandang aku . maybe sebab aku bawak beg banyak sangat kot . eeeeiiii actually aku memang tak suka orang pandang-pandang ni aku ni -.-‘   rasa macam nak bagi tapak kaki masuk dalam mulut orang tu . haihhh sabar je lah . pastu aku bertembung dengan Hasmah . kitorang borak kejap je . then , terus pegi bustop sekolah menengah . Time tu aku sorang je yang sampai dulu *perrhhhh…semangat punya pasal aku dah sampai dulu . Orang ke2 yang sampai ialah kak Balqis dengan Syahirah . Phewww nasib baik ada kawan J


Semua orang dah berkumpul kat bustop . Aku pun dah tukar baju dari T-shirt pengakap ke uniform pengakap (ni semua Anis punya pasal -.-) . Bas pun dah sampai , kitorang dah masukkan beg dalam bonet bas . aku cop tempat duduk tepi tingkap (boleh usha orang) Belakang aku Fatin dengan couple dia , Alif , sebelah aku Amirah dengan Fahira . Aku mula-mula duduk sebelah Izzati tapi aku tukar tempat (duduk depan je) . Bila bas dah nak gerak , orang paling excited gila ialah Izzati . Hahha kelakar betul dia ni . Bas baru gerak sikit dah gelabah gila babeng ! hahahhh


It’s time for isi minyak (kat Shell Rawang) yipppppieeeeee *eiii pakcik ni , ingatkan dah isi minyak , rupa-rupanya belum -.-‘ . Mula-mula budak lain keluar pegi tapau makanan kat Select then aku dengan Amirah , Izzati n Fahira keluar jugak tapaw makanan .Lepas beli , kitorang cepat-cepat naik bas sebab bas dah nak gerak . Kat dalam bas aku bagi keropok kat kawan-kawan aku , belum sempat aku nak bagi kat Fahira ada pulak mamat ni yang bernama Adham suruh aku bagi kat Fahira . aiiihhh sabar lah , aku nak bagi la ni >.< Dari situlah aku syak yang Adham macam dah start suka Fahira . woooo kantoiiiii <3

Yeay bas dah sampai di destinasi yang kami tunggu-tunggukan . oh my Templer Park , finally i sampai jugak <3 *excited . wahhh tak sangka banyak sekolah yang datang . Maybe dalam 1057/1075 orang yang datang . bapak arh ! tak boleh ramai lagi ke ? (Adoyy macam mana nak mandi nanti.mesti kena beratur) :[  ok tanpa melengah-lengahkan masa , kitorang terus bawak barang ke campsite . Campsite budak perempuan jauh gilaaaaaaaaaaaaaa . Kitorang kena cari cikgu Habshah dulu sebab campsite kitorang kat tempat cikgu Habshah . Finally, jumpa jugak cikgu . Kitorang punya tempat tepi curam *woooo bahaya . Setelah beberapa minit , khemah aku dengan Fahira telah selamat didirikan dengan amannya (ayat tak boleh gramatis lagi ke? XD) Kitorang cadang 1khemah 2orang tapi macam tak best la pulak . Then kitorang ubah fikiran 1khemah tidur 1lagi khemah untuk simpan barang J


Now time to take bathe , woooow ramai gila orang beratur kat bilik mandi . Aku pun malas nak beratur terus bantai mandi kat bilik air pemimpin perempuan . Lantak ar . Asalkan boleh mandi n sempat solat Asar . time ni  aku , Amirah dengan Anis buat bising dalam tandas . Sumpah bising ! Sian budak lain nak solat . Kitorang main ejek-ejek nama boyfie masing-masing ! *jahatkan kitorang ? J Amirah kitorang ejek dia k****** ngan Whiskey Alfa November . Anis pulak kitorang ejek dia c**** aka ***** . aku pulak ? errrr tak de kot . almaklum lah aku mana ada boyfie XD ! Lepas solat Asar , kitorang kena pergi khemah cikgu Habshah sebab kat khemah cikgu ada makanan . Makanannya ialah ayam apa benda entah dengan sayur . simple je .Wahh !! ada surprise lah . Sumpah kreatif gila budak laki buat dapur masak dan gadget tempat letak kasut , tempat letak pisau , pintu gerbang masuk and macam-macam lagi hanya menggunakan buluh SAHAJA . hebat kan ? J


At night , kitorang dapat lencana bulat colour purple . Kitorang kena jahit kat campsite laki . Tuan Aini bagi tugas budak laki buat gadget , budak perempuan jahitkan lencana kat baju laki . Nasib geng aku tak kena tapi finally aku kena jugak . Aku dengan Fahira kena jahit baju Tuan Aini . adoyyy -.- tak pe la , yang penting buat dengan ikhlas J Pastu , Fahira kena kacau dengan Adham . Sumpah kesian . Adham panggil Fahira ‘KAKAK’ , Fahira pulak panggil Adham ‘ADIK’. Sumpah kelakar tengok diorang ni XD . Then , kami semua balik ke khemah masing-masing *tidur awal J

Lapar